Pemakanan Sihat

Segala Tentang Pemakanan Sihat

7 Jenis Makanan Sihat untuk Kuruskan Badan

makanan sihat untuk diet

Makanan Sihat Untuk Kuruskan Badan

Berat badan berlebihan memang menjadi masalah utama ramai orang dewasa ini. Walaupun banyak cara ada untuk kuruskan badan, salah satu cara paling berkesan dan sihat adalah melalui pemakanan yang betul.

Dengan memakan makanan yang tinggi khasiat dan rendah gula dan karbohidrat, anda boleh menurunkan berat badan secara sihat tanpa rasa lapar atau kekurangan zat. Berikut adalah 7 jenis makanan tempatan yang sangat baik untuk program diet anda:

Buah-Buahan

Buah Tropika Tempatan

Buah-buahan tropika tempatan seperti betik, mangga, durian dan rambutan kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin. Ia rendah kalori dan baik untuk diet. Makan sekurang-kurangnya 2 hidangan sehari. Tapi harus di ingat, kebanyakan buah-buahan mengandung fruktosa dalam jumlah yang semulajadi dan buah-buahan tempatan Malaysia tidak terkecuali.

Namun, penting untuk diingat bahwa fruktosa dalam buah-buahan hendaklah diambil bersama dengan serat, vitamin, dan mineral lainnya yang memberikan manfaat kesihatan. Maknanya apa?

Memakan buah-buahan secara langsung lebih baik daripada diambil dalam bentuk jus, terutama kerana proses membuat jus dapat menghilangkan serat dalam buah. Serat adalah komponen penting dalam buah-buahan yang memiliki banyak manfaat kesihatan, seperti menjadi sumber prebiotik.

Serat membantu mengatur pencernaan, mengawal gula darah, dan memberikan rasa kenyang lebih lama. Ketika kita membuat jus, serat yang terdapat dalam isi buah dan kulitnya sering kali dihilangkan atau dikurangkan. Oleh sebab itu, memakan buah-buahan secara terus memberikan manfaat serat yang lebih baik dibandingkan dengan mengambilnya dalam bentuk jus.

Tapi, bukanlah anda tidak boleh mengambil jus, cuma pastikan buat jus buah yang buahnya dikisar secara keseluruhan (smoothie) dan bukan jus yang diperah (cold press atau slow juicing) kerana ia akan membuang sumber serat yang sihat.

Buah Beri

Buah beri seperti strawberi, blueberi dan cranberi tinggi kandungan serat dan air. Ia membantu anda berasa kenyang lama dan sekaligus menurunkan kalori harian. Semua jenis berries ialah pilihan buah yang baik karena relatif rendah gula dan tinggi serat.

Sayur-Sayuran

Sayur Berdaun Hijau

Sayur seperti bayam, kangkung dan sawi tinggi kandungan nutrien dan rendah kalori. Sayur berdaun hijau juga kaya dengan serat untuk membantu anda berasa kenyang lama.

Sayur Berwarna

Tomato, carrot dan sayur berwarna lain kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Makan sayur-sayuran pelbagai warna setiap hari.

Bijirin dan Kacang

Oat dan Bijirin Sejuk Beku

Sarapan pagi dengan oat atau bijirin sejuk beku seperti gandum, jagung atau barli. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan serat untuk tenaga pagi. Tentang oat, ia boleh dianggap sebagai makanan yang sihat dalam konteks diet umum yang seimbang. Oatmeal atau biji oat adalah sumber nutrisi yang baik, terutama serat larut dan beta-glukan, yang dapat membantu mengatur kadar kolesterol dan gula darah.

Tapi jika anda ingin kuruskan badan, oat kurang sesuai kerana tingginya kandungan karbohidrat di dalam oat.

Kekacang

Kacang kaya protein, serat dan lemak sihat. Makan secukupnya sebagai snek untuk mengelakkan rasa lapar di antara waktu makan. Makan kekacang seperti walnut, almond, kacang macadamia, kacang Brazil, kacang hazel, dan pecan. Kesemua kekacang ini mengandungi kadar lemak dan serat yang tinggi tapi rendah karbohidrat.

Telur

Telur merupakan makanan sihat yang menjadi sumber protein berkualiti tinggi dan murah, sumber vitamin B12, vitamin D, selenium, dan zat besi. Selain itu, telur menyediakan kolin yang penting untuk perkembangan otak, serta mengandung lutein dan zeaxanthin yang baik untuk kesehatan mata.

Dengan kandungan nutrisi yang kompleks, telur menyediakan tenaga tahan lama dan merupakan pilihan makanan yang baik sebagai pola makan seimbang.

Telur ada kolesterol?

Meskipun telur mengandung kolesterol, kajian terkini telah menunjukkan yang kolesterol dalam telur bukanlah penyebab langsung kepada masalah kesihatan. Perlu di ingat yang 80% kolesterol dihasilkan oleh organ hati, dan 20% saja dari makanan.

Sebaliknya, punca utama dalam peningkatan kolesterol darah seringkali berkaitan dengan diet yang tinggi gula dan karbohidrat dan lemak trans, bukan dari kolesterol dari telur secara langsung.

Ayam, Daging dan Ikan

Ayam Kampung vs Ayam Ladang

Jika anda suka makan ayam, makanlah ayam kampung jika anda mampu mendapatkannya. Ayam kampung mengandungi nutrisi yang lebih baik. Ayam kampung cenderung mendapatkan gizi yang lebih baik karena ayam kampung di beri makanan semulajadi dan hidup secara semula jadi (free-range).

Selain itu, penggunaan antibiotik dan hormon pada ayam kampung biasanya hampir tiada, memberikan alternatif bagi mereka yang mengutamakan kesihatan.

Sebaliknya, ayam ladang atau ayam kandang selalunya disuntik antibiotik dan hormon pertumbuhan agar ayam-ayam akan membesar dengan lebih cepat dari kadar yang semulajadi dan sepatutnya. Selain itu, ayam di ladang ayam juga diberi makan dedak atau bijirin (grain) yang mengandungi campuran kimia atau gula yang tidak sihat untuk dimakan oleh kita. Apa yang dimakan oleh ayam akan menjadi sebahagian dari ayam yang kita akan makan.

Ikan

Ikan merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang penting untuk pembentukan dan pemeliharaan otot. Selain itu, ikan kaya akan asid lemak omega-3, seperti EPA (asam eicosapentaenoic) dan DHA (asam docosahexaenoic), yang memiliki berbagai manfaat kesihatan.

Secara umum, semua jenis ikan ialah sejenis makanan sihat untuk diet, tapi makanlah ikan yang mengandungi tinggi lemak sihat seperti ikan kembung, ikan sardin (bukan yang dalam tin) dan ikan salmon liar kerana lemak sihat dalam ikan ini memberikan anda tenaga lebih lama dan rasa kenyang yang lebih lama.

Lemak Sihat

Makanan sihat juga boleh datang dari lemak. Tidak semua lemak itu jahat. Lemak sebenarnya sangat penting dan lebih penting berbanding gula. Lemak ialah sumber tenaga yang lebih baik berbanding gula. Contohnya lemak sihat ialah minyak zaitun, minyak sawit, minyak kelapa, minyak ikan dan minyak kelapa. Lemak sihat ini mengandungi asid lemak yang baik untuk kesihatan jantung. Jauhi minyak sayuran kerana minyak sayuran akan memberi keradangan kepada tubuh badan.

Gunakan sedikit minyak zaitun atau minyak bijan untuk menggoreng atau salad. Makan ikan berlemak seperti salmon atau makan biji chia dan kacang almond secukupnya sebagai snek sihat.

Air

Segala Tentang Pemakanan Sihat

Air walaupun minuman juga termasuk dalam makanan sihat untuk diet. Air memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan dan menyokong fungsi tubuh yang optimum. Dalam diet yang sihat, air amat kritikal kerana membantu mengekalkan keseimbangan cecair, mengawal suhu badan, dan menyokong proses pencernaan.

Pengambilan air yang mencukupi juga membantu mengurangkan rasa lapar, menyokong fungsi buah pinggang, dan memastikan pengangkutan nutrien yang efisien dalam tubuh. Selain itu, air membantu menjaga keanjalan kulit, menyingkirkan toksin melalui proses membuang air kecil, dan meningkatkan tenaga secara keseluruhan. Air yang dimaksudkan di sini ialah air kosong atau air mineral, atau air minuman tanpa gula, bukan air soft-drink, air bubble-tea atau segala jenis air berperisa yang ada gula.

Oleh itu, memastikan pengambilan air yang mencukupi merupakan sebahagian penting dari gaya hidup yang sihat dan makanan sihat untuk diet yang seimbang.

Views: 16

PopularPosts

Editor Pemakanan

Pemakanan sihat bermula di sini! Dapatkan panduan pemakanan sihat, resipi yang menyegarkan, dan tip kesihatan terkini di Pemakanan.com. Membina gaya hidup sihat dengan makanan yang baik untuk tubuh anda.

Comments are closed

Content on Pemakanan.com is for informational purposes only. Consult a medical professional for advice, diagnosis and treatment and before starting any nutrition or fitness programmes.
0 Shares