Dasar Editorial
Dikemas kini: 28 Oktober 2026
Maklumat kesihatan memberi kesan kepada keputusan harian pembaca. Kerana itu kami menetapkan beberapa prinsip untuk kandungan di Pemakanan.com.
Tujuan kandungan kami
Kami menulis dalam Bahasa Malaysia untuk menerangkan topik pemakanan dan kesihatan umum dengan jelas dan mudah difahami. Kandungan kami bersifat pendidikan dan tidak menggantikan nasihat profesional kesihatan. Sila baca Penafian Perubatan kami.
Sumber dan rujukan
- Kami mengutamakan sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), institusi pengajian tinggi, jurnal saintifik dan ulasan sistematik.
- Rujukan dipaut terus dalam artikel supaya pembaca boleh menyemak sendiri.
- Kami sedang mengemas kini artikel lama supaya turut menyertakan rujukan yang jelas.
Cara kami mengendalikan dakwaan kesihatan
- Kami tidak mendakwa sesuatu makanan, herba atau suplemen boleh menyembuhkan penyakit.
- Kami cuba membezakan antara bukti yang kukuh dan kajian yang masih terhad atau awal.
- Kami menyatakan risiko, kesan sampingan dan kumpulan yang perlu berhati-hati apabila berkaitan.
Kemas kini dan semakan
Kami menyemak semula artikel dari semasa ke semasa dan mengemas kini maklumat yang sudah lapuk. Artikel yang tidak lagi tepat atau tidak berguna akan diperbaiki, digabungkan atau dibuang.
Pembetulan
Jika anda menemui kesilapan fakta atau rujukan yang tidak tepat, sila hubungi kami bersama pautan artikel dan butiran pembetulan. Kami akan menyemak dan membetulkan kandungan jika perlu.
Iklan, affiliate dan kandungan berbayar
Pemakanan.com dibiayai melalui iklan dan pautan affiliate. Kami berhasrat memastikan perkara ini tidak mempengaruhi ketepatan maklumat. Butiran lanjut terdapat di halaman Pendedahan Affiliate dan Iklan.